Tuesday, January 12, 2010
Tuesday, January 5, 2010
KENA LAGIIIIIIIIII
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, mendakwa laporan panel pakar perubatan yang dilantik kerajaan negeri bagi menilai tahap kesihatan ayahandanya sebagai tidak tepat. "Sejak Tuanku menerima rawatan dari Mei 2009 sehingga kini, panel berkenaan tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan terhadapnya. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh menyediakan laporan perubatan tahap kesihatan Tuanku Sultan kepada kerajaan negeri pada 24 Disember lalu. Tengku Muhammad Fakhry juga dukacita terhadap tindakan kerajaan negeri yang menurutnya tidak dimaklumkan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. "Saya amat kesal dan dukacita atas tindakan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang mengadakan sidang media mengenai tahap kesihatan Tuanku Sultan dan perakuan panel perubatan yang dibuat tidak berasaskan undang-undang serta peraturan kerajaan dan rakyat keseluruhannya," katanya.... mat pelik dan heran la dengan sikap dan cara tok nik nii...nak kata lebih-lebih kat orang tua pun payah jugak ...tak kata pun payah jugak...ni lahh masaalah kalau orang tua yang dah nyanyuk dan dok syok sendiri
Posted by JOM KITA TERJAH at 3:03 PM 0 comments
AGAR-AGAR DAN SOTONG
semalam semasa mat dok tengok Buletin Utama TV3 depa dok cerita pasal anak-anak yang baru menjejak kaki alam persekolahan. cerita adik Lim Sae Wang 7 tahun yang menerima kewarganegaraan pun ada jugak, dia diterima memasuki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kheng Tean, Jelutong Pulau Pinang. Lim menerima kewarganegaraan pada 16 Disember lalu, selepas enam tahun diusahakan bapanya, Kolonel (B) Lim Tow Leang, 62, bekas juruterbang ujian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).mat tengok adik lim ni seronok dapat masuk dan belajar di sekolah tersebut, tapi yang mat tak seronok dan rasa agak hampa bila adik lim tak boleh berbahasa malaysia...ishh..ishh..ishh..awat jadi lagu tuuu..pak dia Kolonel (B) TUDM...mak dia wanita Indonesia nama I Siu Lin. tu yang buat mat heran dan terkedu....dulu masa mat pi indonesia depa semua cakap bahasa indonesia cukup fasih tak kira bangsa dan keturunan...sama jugak mmacam thailand....awat kat malaysia ni jadi macam ni...sampai tak boleh cakap langsung nii..nak kira macam mana... mungkin kita dah terlalu berlembut atau ada yang berselindung disebalik demokrasi...agak-agaknya sampai bila kita nak berlembut macam agar-agar atau macam sotong...kalau dah jadi pulut serawa tak boleh nak buat apa dahhhhh...cuma telan saja tak payah kunyahhh...tapi sedar atau tidak kebanyakan orang kita dah pun jadi sotong untuk dibuat umpan...
Posted by JOM KITA TERJAH at 1:01 PM 0 comments
Monday, January 4, 2010
DOK TUNGGU LAGIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Posted by JOM KITA TERJAH at 2:22 AM 0 comments