Tuesday, January 5, 2010

AGAR-AGAR DAN SOTONG


semalam semasa mat dok tengok Buletin Utama TV3 depa dok cerita pasal anak-anak yang baru menjejak kaki alam persekolahan. cerita adik Lim Sae Wang 7 tahun yang menerima kewarganegaraan pun ada jugak, dia diterima memasuki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kheng Tean, Jelutong Pulau Pinang. Lim menerima kewarganegaraan pada 16 Disember lalu, selepas enam tahun diusahakan bapanya, Kolonel (B) Lim Tow Leang, 62, bekas juruterbang ujian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).mat tengok adik lim ni seronok dapat masuk dan belajar di sekolah tersebut, tapi yang mat tak seronok dan rasa agak hampa bila adik lim tak boleh berbahasa malaysia...ishh..ishh..ishh..awat jadi lagu tuuu..pak dia Kolonel (B) TUDM...mak dia wanita Indonesia nama I Siu Lin. tu yang buat mat heran dan terkedu....dulu masa mat pi indonesia depa semua cakap bahasa indonesia cukup fasih tak kira bangsa dan keturunan...sama jugak mmacam thailand....awat kat malaysia ni jadi macam ni...sampai tak boleh cakap langsung nii..nak kira macam mana... mungkin kita dah terlalu berlembut atau ada yang berselindung disebalik demokrasi...agak-agaknya sampai bila kita nak berlembut macam agar-agar atau macam sotong...kalau dah jadi pulut serawa tak boleh nak buat apa dahhhhh...cuma telan saja tak payah kunyahhh...tapi sedar atau tidak kebanyakan orang kita dah pun jadi sotong untuk dibuat umpan...

0 comments: